PENGAWAL KESELAMATAN

GredKP11
JawatanPENGAWAL KESELAMATAN
Taraf JawatanTetap
Jumlah Kekosongan4
Bandar
NegeriSeluruh Malaysia
Tarikh Mula29-06-2014
Keterangan
TindakanMohon


Gred: KP11

GredKP11
Kumpulan PerkhidmatanPelaksana
Skim PerkhidmatanPerkhidmatan Keselamatan dan Pertahanan Awam
Tangga Gaji

    MINIMUM         MAKSIMUM           KENAIKAN GAJI TAHUNAN
  RM 1,205.00      RM 2,939.00                RM 80.00

Syarat Lantikan

SKIM PERKHIDMATAN PENGAWAL KESELAMATAN

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA

GRED JAWATAN/GAJI : KP11

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.             (Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00); atau

   (ii) bekas anggota polis atau tentera yang sekurangkurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang               setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. (Gaji                 permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00). dan

(d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

   (i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

  (ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

 (iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

 (iv) mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

  (v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan           cermin mata;

 (vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

 (vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perenggan 1(c)(i) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PENETAPAN GAJI PERMULAAN

3. Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum Gred KP11 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

 

Page generated in 0.0456 seconds.