PEMANDU KENDERAAN

GredH11
JawatanPEMANDU KENDERAAN
Taraf JawatanTetap
Jumlah Kekosongan6
Bandar
NegeriSeluruh Malaysia
Tarikh Mula29-06-2014
Keterangan
TindakanMohon


Gred: H11

GredH11
Kumpulan PerkhidmatanPelaksana
Skim PerkhidmatanPerkhidmatan Kemahiran
Tangga Gaji

   MINIMUM         MAKSIMUM         KENAIKAN GAJI TAHUNAN
  RM 1,218.00     RM 2,939.00                RM 80.00 

 

 

Syarat Lantikan

SKIM PERKHIDMATAN PEMANDU KENDERAAN

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KEMAHIRAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA

GRED JAWATAN/GAJI : H11

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

    (ii) lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu                dalam tempoh percubaan (P)]; dan

   (iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. Gaji          permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:  Lesen D : RM1,264.15  Lesen E/E1/E2 : RM1,310.30        Lesen F/H : RM1,356.45  Lesen G/I : RM1,402.60

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PENETAPAN GAJI PERMULAAN

3. Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum Gred H11 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

PELARASAN GAJI BAGI PEGAWAI YANG MEMPEROLEHI LESEN MEMANDU KELAS LEBIH TINGGI SEMASA DALAM PERKHIDMATAN

4. Pemandu Kenderaan yang memperolehi lesen memandu kelas lebih tinggi semasa dalam perkhidmatan hendaklah diselaraskan ke amaun gaji permulaan mengikut lesen berkenaan, sekiranya gaji pegawai masih rendah daripada gaji permulaan lesen berkaitan.

 

Page generated in 0.0541 seconds.