PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)

GredN17
JawatanPEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
Taraf JawatanTetap
Jumlah Kekosongan28
Bandar
NegeriSeluruh Malaysia
Tarikh Mula29-06-2014
Keterangan
TindakanMohon


Gred: N17

GredN17
Kumpulan PerkhidmatanPelaksana
Skim PerkhidmatanPerkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Tangga Gaji


Peringkat        Gaji Minimum            Gaji Maksimum          Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
P1                   RM 928.00                RM 3,375.00              RM 95.00

Syarat Lantikan

 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

 (a) warganegara Malaysia;

 (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

 (c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

     (Gaji permulaan ialah pada Gred N17: RM928.00).

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau

    kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu

   Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan 

   Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam

  perkhidmatan dan:

 (a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; atau

      (ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) had umur pelantikan:

     (i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

     (ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

     (iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

 

 

Page generated in 0.0512 seconds.