PENOLONG JURUTERA

GredJA29
JawatanPENOLONG JURUTERA
Taraf JawatanTetap
Jumlah Kekosongan3
Bandar
NegeriSeluruh Malaysia
Tarikh Mula29-06-2014
Keterangan
TindakanMohon


Gred: JA29

GredJA29
Kumpulan PerkhidmatanPelaksana
Skim PerkhidmatanPerkhidmatan Kejuruteraan
Tangga Gaji

     MINIMUM            MAKSIMUM              KENAIKAN GAJI TAHUNAN
   RM 1,549.00         RM 5,701.00                     RM 145.00

Syarat Lantikan

SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG JURUTERA

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KEJURUTERAAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU)

GRED JAWATAN/GAJI : JA29

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

   (a) warganegara Malaysia;

   (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG JURUTERA GRED JA29

(d) (i) sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf                setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29:RM1,549.00); atau

    (ii) diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau                      kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,935.02).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil    Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

3. Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penguasa Bekalan Air, Pembantu Kemahiran, Pemeriksa Kereta Motor        Gred AB19, AB22 dan AB26, Penjaga Jentera Elektrik dan Merinyu Tali Air adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa        Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Jurutera Gred JA29, tertakluk kepada kekosongan      jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(d); atau

     (ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) had umur pelantikan:

     (i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

    (ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

   (iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

 

PENETAPAN GAJI PERMULAAN

4. Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum gred lantikan boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

Page generated in 0.0779 seconds.